Tuesday, November 10, 2015

The Seven

Usahawan & Ciri-cirinya


Bill Gates nama sebenarnya ialah William Henry Gates III. Beliau dilahirkan pada 28 Oktober 1955, Seattle Washingston. Pada umurnya 12 tahun ayahnya telah menghantarnya ke sekolah ‘Lakeside School. Di sana beliau sangat meminati pengaturcaraan komputer pada usia 13 tahun. Bill Gates mempunyai rakan karibnya iaitu Paul Allen.

Menyelidik peluang dalam pasaran
  • beliau sangat cepat menguasai BASIC pada usia muda 
  • bertemu Paul Allen di University of Havard dan mereka bersama-sama mengembangkan bakat  dalam pemograman komputer 
  • namun, Bill Gates memutuskan keluar dari Universiti untuk menyumbangkan waktunya ke Microsoft
Menyelidik risiko yang bakal dihadapi
  • pada tahun 1990 Bill Gates berjaya merialisasi sistem operasi yang sangat diperlukan di pasaran dunia
  • mendapat tuntutan dari Departmen Keadilan Amerika Syarikat dengan dakwaan bahawa Gates telah melakukan monopoli terhadap perusahaan-perusahaan kecil
  • tersungkur dengan  hukum undang-undang perniagaan Amerika Syarikat pada tahun 1999

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan jutawan Melayu yang ke lapan terkaya di Malaysia.

Kegagalan bukan bermakna gagal selamanya
  • bersama dengan bapanya menjalankan perniagaan menternak lembu dan mengimport lembu dari Thailand, Langkawi dan Perlis untuk dijual di pasaran tempatan
  • pada tahun 1970, wabak penyakit kaki dan mulut telah merosakkan keseluruhan perniagaan lembu mereka
  • bapa beliau telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menceburi bidang perniagaan itu akibat daripada peristiwa tersebut
  • keadaan ini menyebabkan Syed Mokhtar berdepan dengan masa depan yang tidak menentu
  • halangan ini juga telah memberi pengajaran kepada beliau iaitu jangan bergantung kepada satu sumber perniagaan sahaja

Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah merupakan seorang pegawai Eksekutif Kumpulan Sunway. Beliau telah dilahirkan di Pusing, Perak dan mempunyai enam orang adik beradik. Beliau juga telah mendapat pendidikan tinggi dari Footscray Institute of Technology yang kininya institusi tersebut telah dikenali sebagai Victoria University of Technology, Australia.

Mengambil risiko yang diperhitungkan untuk memulakan syarikat
  • mula menceburi bidang keusahawanan dan menjadi pengasas serta pemaju syarikat Sunway
  • pada tahun 1974, beliau memulakan syarikat perlombongan bijih timah, iaitu Syarikat Sungai Way dengan modal berbayar sebayak RM100,00
  • syarikat beliau dapat bertahan apabila berlakunya krisis kemelesetan ekonomi pada tahun 1977 dan berjaya menempuh tiga kemelesetan ekonomi dengan jayanya
Mengambil risiko yang diperhitungkan untuk memulakan syarikat baru
  • beliau telah menukarkan lombong bijih timah kepada lombong kuiri dan pasir setelah bijih timah habis dilombong pada tahun berikut selepas kemeselatan ekonomi
  • syarikat beliau berjaya disenaraikan dalam papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1984 sebagai Sunway Holding Berhad
Mengambil risiko yang diperhitungkan untuk mempelbagaikan perniagaan yang diceburinya
  • pada tahun 1985, Malaysia sekali lagi mengalami kegawatan ekonomi pada tahun 1980-an
  • Sunway Holdings Berhad mencatatkan kerugian yang hampir melenyapkan dana pemegang sahamnya
  • Sunway Holdings Berhad mula melibatkan diri dalam sektor pembagunan hartnah, pelaburan hartanah, pembuatan, perhotelan dan perniagaan yang berait dengan hiburan
  • beliau akhirnya berjaya menubuhkan Sunway City Berhad, Sunwy Construction Berhad dan Sunway Building Technology Berhad

Ramly Mokni bermula sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal 1970an. Syarikat beliau telah berkembang dan membesar kepada syarikat induk Ramly Mokni Holding Berhad dan anak-anak syarikat iaitu Ramly Mokni Bakeri Sdn. Bhd, Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd, Ramly Supermart Sdn. Bhd dan Ramly Food Processing sdn Bhd.

Bertindak secara proaktif dan berfikiran positif
  • berjaya membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya walaupun dirinya tiada ijazah atau dari golongan keluarga ahli perniagaan
  • sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitik beratkan mutu barangan yang dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap produknya
  • jelas memperlihatkan bahawa corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan proaktif dalam menangani sebarang masalah yang timbul
  • pada tahun 2008, Ramly Food Processing Sdn Bhd membuat pelaburan menjangkau RM 15 juta bagi pembesaran Kilang di Taman Perindustrian IKS, Batu Caves, Kuala Lumpur
  • pelaburan modal ini adalah strategi yang bijak dalam meningkatkan produktiviti Ramly
Bertindak secara proaktif dalam mencipta produk
  • beliau telah menubuhkan Makmal Mikrobiologi yang bertujuan untuk mengawal kualiti produk
  • tujuan penubuhan makmal ini adalah untuk memastikan produk yang dihasilkan adalah suci dan selamat untuk dimakan
  • makmal ini berfungsi sebagai satu tempat penyelidikan dan pembangunan produk
  • kajian penyelidikan dan pembangunan produk dijalankan oleh Ramly adalah bertujuan untuk menjamin mutu kesegaran, kelazatan dan kualiti produknya
Bertindak secara proaktif dalam pemasaran produk
  • sikap proaktif yang ditonjolkan oleh Dato’ Haji Ramly telah membuahkan hasil kerana lebih 120 orang pemborong berdaftar telah mendaftar sebagai anak syarikat bagi mengedarkan produk-produk Ramly

Steven Paul "Steve" Jobs ialah seorang usahawan dan pencipta berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan pengasas, pengerusi, dan bekas CEO of Apple Inc. Jobs juga pernah merangkul jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif Pixar Animation Studios serta  menganggotai lembaga pengarah The Walt Disney Company pada tahun 2006, setelah Pixar dibeli oleh Disney.

Bijak mengawal kos dalam penghasilan produk
  • Apple berjaya mengawal kos pengeluaran ditahap yang rendah serta menarik minat pelanggan didalam versi terbaharu produknya
  • setiap kali versi baru diperkenalkan Apple akan memasukkan ciri yang tiada dalam versi pertama yang dikehendaki oleh penggunanya
  • Steve Jobs menggugurkan penggunaan cakera lisut dalam iMac dan membayangkan yang “pemacu optikal” tidak digunakan dalam MacBook Air
  • beliau mereka produknya dengan acuan sendiri dengan mengambil kira nilai kesenian dan pengalaman pengguna

Beliau merupakan pengasas Hilton Hotel dan kini ia dikenali sebagai Hilton Hotels and Resorts.

Mencari peluang melebarkan rangkaian perniagaan
  • berjaya mengembangkan perniagaannya di luar kawasan Texas dengan pembinaan Stevens Hotel di Chicago dan Waldorf-Astaria di New York
  • beliau menubuhkan Hilton Hotel Corporation pada tahun 1946 dan Hilton International Syarikat pada tahun 1948
  • bekerjasama dengan Centurion Development Group Amerika dan membeli rantaian Statler Hotel bagi mengembangkan perniagaannya
  • membuat perjanjian dengan pekerja dalam syarikat tambang, Glenn H. McCarthy yang mempunyai harta Shamrock Hotel di Australia dan menjadi sebahagian daripada rantaian Hilton
  • pada tahun 1955, Shamrock Hotel telah dinamakan semula kepada Shamrock Hilton
Bijak menjalinkan hubungan luar
  • pengembangan Hilton di seluruh dunia telah memudahkan pengembangan dari aspek pelancongan di Amerika dan perniagaan luar negara
  • kejayaan Hilton telah mencipta standard tertentu di seluruh dunia untuk bidang penginapan hotel  dan menjadi rangkaian hotel antarabangsa pertama seantero dunia
  • membeli Syarikat Kredit Carte Blanche  dan mempunyai kepentingan dalam Amerika Crystal Gula Syarikat, serta perusahaan yang lain

Jimmy Choo yang merupakan usahawan yang terkenal dengan kasut yang bergaya serta eksklusif. Beliau merupakan tukang membuat kasut serta pereka kasut yang mahir. Jimmy Choo dilahirkan pada tahun 1961 di Pulau Pinang, Malaysia. 

Berwawasan dalam mengharungi rintangan
  • Jimmy Choo melakukan pekerjaan secara separuh masa sebagai pencuci di restoran serta kilang kasut demi menampung kos pengajian bagi tahun-tahun seterusnya
  • mempunyai wawasan yang jelas untuk membuka kedai kasut dengan menyewa sebuah bangunan hospital yang lama ditinggalkan selepas menamatkan pengajiannya
  • mengharungi pelbagai cabaran selama 4 tahun namun jualan kasut beliau amat menyedihkan
Berwawasan dalam mencipta jenama
  • pada tahun 1996, Jimmy Choo mengasaskan Jimmy Choo Ltd bersama Tamara Mellon, editor British Vogue
  • jenama Jimmy Choo yang dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan telah menjadi kegilaan artis serta selebriti di serata dunia
  • kasut rekaan Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem-filem terkenal seperti The Devils Wear Prada
Berwawasan dalam meningkatkan prestasi syarikat
  • mendapat anugerah OBE “ Order of The British Empire” daripada Permaisuri England, Ratu Elizabeth II
  • beliau merupakan usahawan yang memikirkan apa yang terbaik untuk syarikat, bagaimana untuk mendapatkan pelanggan yang ramai serta cara bagi mengekalkan kualiti barangan rekaannya
Berwawasan dalam mencari peluang 
  • sering melakukan rundingan dengan pihak-pihak luar mengenai cita rasa mereka bagi menghasilkan rekaan yang terbaik

Bill Gates



Berwawasan
  • Berwawasan mencapai matlamat
    • mempunyai wawasan yang sangat jelas dan berpandangan jauh kerana beliau menjadi pengasas syarikat tersebut ketika berusia 19 tahun
  • Berwawasan dalam memperkenalkan produk
    • pereka cipta yang memiliki wawasan besar dalam bidang pengkomputeran
    • mempunyai wawasan diri yang mulia kerana mementingkan kepentingan orang lain
Menjangka dan mengkaji risiko
  • Mengambil risiko dan memperhitungkan untuk menubuhkan Yayasan sosial
    • mengambil inisiatif untuk mendirikan Bill & Melinda Gates Foundation bersama isterinya.
    • menyumbang sumbangan sebanyak $5 milion
  • Mengambil risiko untuk mengundurkan diri dari jawatan
    • undur diri dari jabatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan memilih kembali ke jawatan lamanya iaitu Ketua Penelitian dan Pengembangan Perangkat Lunak (2000)
    • undur diri dari pengurus Microsoft dan mengkonsentrasikan diri pada kerja kedermawanan melalui yayasan sosial yang didirikannya, Bill dan Melinda Gates Foundation (2008)
Kegagalan adalah satu pilihan
  • kegagalan membina keyakinan
    • pernah dilabel sebagai ‘College drop-out’
Semangat berpasukan
  • Berpasukan membentuk cetusan idea baharu
    • seringkali bertemu dengan pengurus kanan Microsoft dan pengurus program syarikat tersebut
    • meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft pada Januari 2000
    • kekal sebagai Pengerusi dan mewujudkan jawatan Ketua Arkitek Perisian untuk dirinya sendiri
  • Berpasukan dapat menilai kesilapan dengan baik
    • beliau akan beralih dari kerja sepenuh masa di Microsoft untuk kerja sambilan, dan bekerja sepenuh masa di Bill & Melinda Gates Foundation (Jun 2006)
    • memindahkan tugas-tugasnya kepada Ray Ozzie, ketua arkitek perisian dan Craig Mundie
Penyelidik
  • Menyelidik peluang dalam pasaran
    • beliau sangat cepat menguasai BASIC, bahasa pemograman komputer
    • bertemu Paul Allen di University of Havard dan mereka bersama-sama mengembangkan bakat  dalam pemograman komputer
    • Bill Gates memutuskan keluar dari Universiti untuk menyumbangkan waktunya ke Microsoft
  • Menyelidik risiko yang bakal dihadapi
    • tahun 1990, berjaya merialisasi sistem operasi yang sangat diperlukan di pasaran dunia
    • mendapat tuntutan dari Departmen Keadilan Amerika Syarikat dengan dakwaan bahawa Gates telah melakukan monopoli terhadap perusahaan-perusahaan kecil